OWNER
Welcome to my simple triple blog,i`m Eca | Nuni Nisa.. Thanks for visited my blog,nice to meet you,leave your footstep at my cbox. Do follow okay? You can seeing my simple bio at my profile.. Click up there :)

TINGGALKAN JEJAK ANDA



SENARAI POST ECA

Sebelum menjelang 2014.
Thursday 26 December 2013 | 05:44 | 0 comments



Dah lama juga aku tak update post blog aku ni kan? Kalau buka blog ni pun setakat dengar lagu blog je. Hihi. Okay sekarang nak cerita pasal cuti sekolah bulan November & Disember 2013 ni,apa yang aku buat selama cuti sekolah ni? Dalam masa sebulan lebih.

First,memang ada kerja sambilan dekat sebuah kedai makanan. Cuti sekolah kedai ni buka pagi sampai malam. Tapi aku tak kerja dari pagi sampai malam pun, aku kerja waktu pagi atau petang je. Tapi bila nak cari duit lebih sikit, kerja pun kena lebih sikit lah :)

Mula mula memang kumpul duit tertumpu pada lesen,kemudian pada barang sekolah dan mungkin aku ada enjoy sikit duit tu. Pasti ke sikit ek.. Hm biasalah,aku ni macam pantang sikit nampak tudung baju kain atau apa apa pemakaian perempuan yang menarik perhatian aku. Kalau tak dapat time tu juga, mungkin aku akan target. Haha,macam membazir rasanya. Nak menjelang tahun 2014 ni, makin kena kerja keras sikit, tapi tak tentu juga, kesihatan macam tentu tak tentu je. Tak sangka juga tahun depan bakal menduduki peperiksaan yang besar, SPM. Rasa macam baru haritu ambil PMR.

Okay sekarang memang kena sedar diri dah. Pemikiran pun kena setanding dengan umur, kekadang stress juga bila orang sekeliling asyik tegur pasal aku suka sangat tengok cerita cartoon. Kekadang rasa diperlekehkan. Haa baca ayat sedih aku ni.. Haha. Mungkin sikit sikit aku boleh kurangkan, insyaAllah.

Masa cuti ni juga aku dapat kurangkan tekanan dengan kerja. Busy kan diri boleh hilangkan masalah ke.. Mungkin.. Sikit sikit.. Tapi paling penting, benda duniawi jangan pinggirkan apa yang dituntut akhirat. Memang aku mengaku yang cuti sekolah ni aku jarang jumpa ibu dengan dua orang adik kesayangan aku tu. Setiap hari jumpa along ngan aqim abang aku yang second tu je. Tapi kekadang curi curi masa untuk main mesej ngan ibu juga. Ibu main mesej ngan aku pun aku nak merajuk kekadang, haha. Satu benda je yang boleh dilabel, mengada.

Dan..aku rasa bersyukur sebab Allah kurniakan aku keluarga yang faham erti kehidupan. Kekadang ada kekurangan yang aku sendiri hanya mampu menegur pada hati. Tapi aku tak kisah, aku tau Allah dengar setiap rintihan hambaNya. Sekarang aku nak tumpu dekat mana yang sepatutnya aku tumpukan.

Bila difikirkan balik.. Aku memang ada minat seorang budak ni.. Tapi aku tak kisah dia untuk siapa pun.. Walaupun ditakdirkan aku dengan dia tak dapat bersama. Aku redha. Aku tak tau pasal feel dia dekat aku, aku macam tak balas cinta dia sebenarnya. Aku rasa aku nak tumpukan mana yang perlu. Lagipun ibu pernah cakap, kalau dia nak kita betul betul. Masuk minang je, dan yang aku tau, memang ada yang dah buat, siap ibu berkenan lagi budak tu. Tapi aku pula yang tak berkenan. aku tak nak yang sempurna, sebab aku pun tak sempurna. Aku nak yang mampu bimbing aku.. Dan aku punya post makin merepek.. Peh apa aku taip ni, haha.

Sebelum aku taip benda yang makin melayang dalam pemikiran,lebih baik aku cerita benda lain. Haritu ada pelanggan tempat kerja aku ni berbual dengan aku. Dia cakap pasal budak lepasan SPM. Taktau nak kata apa.. Tapi dia buat aku makin semangat, alhamdulillah.

Takut juga kalau aku cepat mengalah nanti. Aku memang jenis yang cepat mengalah dalam diam sebenarnya. Depan orang je macam tabah. Ahhh tabah apanya. Tapi yang pasti, semua tu aku akan buat yang terbaik. Jangan mengalah sebelum mencuba :D

Okay sekarang dah penat menaip. Maaf kalau kasar bahasa dan ada buat pembaca tak senang hati ke apa.. Tak ada niat pun. Ini hanya post. Hihi. Jaga diri jaga iman. Assalammualaikum :)


Happy Birthday To Me !
Saturday 21 September 2013 | 00:08 | 0 comments


Post sebelum ni bukan delete tapi private, maaf ya.. And now i want tell you about my ''birthday''. Tak celebrate pun, tapi setakat gift dan wish yang diperoleh tu dah memadai, rasanya agak terharu. Dan sebenarnya sangat terharu. Haha. Sebelum tu nak cerita pasal yang tak berapa nak ada kaitan lah dengan topik sebenar.

Bermula masuk kelas ''4 Ekonomi Asas" tahun 2013 ni. Masa awal tahun aku ada terlintas yang aku takut tak dapat biasakan diri dengan kawan kawan dalam kelas ni, and so far.. Alhamdulillah, aku boleh bergaul juga ngan dorang.. Even dengan budak lelaki aku tak berapa nak rapat sangat, tak reti nak kawan ngan dorang and.. Yeah you know, sebelum ni masa form1,form2 and form3 pun memang tak berkawan sangat ngan budak lelaki sekelas. Segelintir jela.

When tahun ni banyak ujian yang menimpa dekat diri aku, aku rasa aku lebih banyak diamkan diri pasal problems aku even dengan bestfriends aku sendiri.. Aku selalu ceritakan masalah aku pun, maybe masalah yang aku rasa lama lama akan okay sendiri.. And.. Yeah ''I dont share my problems if I can handle it" Maybe aku sendiri yang nak tanggung, so tanpa aku sedar.. Pelajaran aku makin merosot, tahap pencapaian aku pun makin rendah.. So I should change.. Perlu ke aku teruskan masalah tergantung tak bertali, i've my own choice.. Aku pelajar sekolah dan aku perlu tumpukan pada sekolah.

And i still remember, for the first time aku menangis dalam kelas. Haha. Sad moments? Memanglah sedih sebab tu aku nangis. Tapi sebaliknya aku ada rasa agak dihargai bila kawan kawan pujuk aku masa nangis, sebelum hari yang aku nangis tu memang aku ada tak datang sekolah, ouh ya.. Aku ingat 25 june aku tak datang. Sebab tarikh tu menyebabkan aku rasa kejang otot otot.. Aku tak boleh bangun, rasa nak demam.. Atau sebenarnya rasa agak sakit luaran serta dalaman. Ceh. Tapi bila pergi sekolah keesokan harinya, kaki still rasa gegar.. But aku kuatkan diri.. Try slow slow and make fake smile even tak dapat bertahan lama fake smile tu.. Tiba dalam kelas nangis juga. Aku dapat rasa lagi kesedihan tu menyakitkan. Ahhh ! Tak apa lah. Abaikan.. And aku berterima kasih sangat dekat kawan kawan aku yang ada masa aku down and buat aku semangat semula untuk bangkit. Bangkit lah juga, haha. And aku rasa walaupun aku just mampu luah problems aku tapi problems tu tak dapat nak di perbetulkan but sokay.. Aku rasa ''persahabatan'' itu lebih penting.. Am i right? Haha. And aku bangkit sebab aku tahu Allah sentiasa bersama hambaNya. So why not aku teruskan hidup walaupun berjalan di atas duri. Kehidupan, biasalah pahit manis kita akan lalui. Alamak kejap lagi keluar ayat sastera pula, haha :x

Kalau ada yang perasan, aku private tarikh lahir aku dekat facebook.. Lagipun aku tak nak birthday wishes penuh dekat wall aku. Haha. And aku saje je, nak tengok siapa je ingat birthday aku kan.. Tapi masa aku log in facebook, ada yang wish juga.. Tapi semua yang aku kenal, alhamdulillah dorang ingat.. Ouh mesti korang tak nampak? Memanglah, aku private wall kat facebook :)

Okay nak cerita pada mulanya tarikh ''20 September 2013" ni.. Pada jam 12am.. *tik tok tik tok* Aku sebenarnya dah nak tidur dah time tu.. Tapi sebelah aku ada handphone aku, niat tidur sebelah handphone sebab alarm lah apa lagi kan.. Tapi mengejutkan aku bila handphone berbunyi, ingatkan nak dibuai mimpi. Hihi. Tepat tarikh tu orang first wish Fateeh, second Maizun, third Izwan and then Zahirah dan diikuti adik adik form 1 yang lain. Sorry tak mention nama. When bangun pagi, Izat ada wish.. So ingatkan budak asrama tak dapat wish.. Silap rupanya. And ada adik form 2 dalam tiga orang wish, hihi.. Thankyou, sis :)

Start menjejakkan kaki di SMK Tengku Mahmud Iskandar.. I was like "Mudah mudahan tak ada benda yang boleh menyedihkan aku hari ini.." cakap dalam hati. 20 Sptember bersamaan dengan hari Jumaat. Masuk sekolah memang ada bacaan surah Yassiin dekat dalam dewan :)

Dalam perjalanan masuk ke kelas, terserempak dengan Kak Ziela. Akak angkat aku. She give me present. Ouh how sweet. Masa salam tangan dia, then dia bagi hadiah. Terasa macam penyampaian hadiah atas pentas segannya tu. Haha.


This ! Memang setiap tahun kalau dia bagi hadiah, aku memang sayang nak buka bungkusan tu, terasa nak simpan buat perhiasan dalam bilik. Hihi. Dan isi kandungannya memang aku suka sangat. Btw thank you so much Kak Ziela. Buat susah susah je bagi hadiah yang dua jenis dalamnya. And i like it so much :D

Bila masuk dalam kelas.. Kawan kawan dah wish ''Happy Birthday Nisa", mula mula Izzati and Izny, then Zira.. Najwa awal awal dah wish. Teha hari selasa lagi dah wish. Nak paling awal katakan. Haha. And diikuti wish dari Syahirah,Anis,Yana dan seterus seterusnya.. Sorry juga kalau tak mention nama ya, Zurien setiap kali jumpa mesti wish. Terasa macam *krik krik* Haha. 

And then.. Sweetness moment bila satu kelas 4 Ekonomi Asas nyanyikan lagu ''Happy Birthday" untuk aku.. Rasa macam how sweet. Haha. Seriously hari yang dijangka menyedihkan tapi akhirnya jadi hari yang menggembirakan..Then Najib bagi hadiah kek coklat.. He said ''Sorry dapat bagi tu je'' and pada aku tak kisah pun.. Aku hargai ^^


Ouh ya. Sebelum tu, dah dapat dah hadiah dari Anis. Dia bagi awal, masa 19 September dia bagi.. Mula mula tak nak mengaku yang dia bagi, lastly kantoi dengan Najwa. Hihi.


Kalau nampak... Ada perkataan ''N I S'' dan ''A'' di bahagian bawah. Special sikit, hihi. Btw Anis, thank you. Hargai sangat sangat ^^ And then.. Ada dapat hadiah dari budak lelaki kelas 4 Prinsip Akaun. Terima kasih juga sebab ingat birthday and hadiah tu :)

And the last one.. Sebelum balik Yana and the geng ada baling tepung, haha. Mula mula terkejut, ouh nasib baik muka aku tak putih habis time tu. Haha. Lepas tu dorang mintak maaf, seriously aku tak marah pun, suka lagi ada lah. Haha. And lepas kena tu terus tepuk tepung tu, maklumlah aku balik naik bas, takkan nak biar jadi momia putih je. Hihi

Balik rumah je.. Phone banyak wish birthday.. And ada juga yang tanya kenapa tak bagitau hari ni birthday aku.. Haha. Okay then Imran, kalau boleh kat semua tempat dia nak wish.. Dah dekat sekolah wish depan depan, then kat twitter, then facebook pertama and facebook kedua,then mesej lagi. Bak kata dia kalau boleh nak cukupkan dengan umur. Okay --' Btw thanks semua^^

Bila duduk dekat rumah, aku tunggu abang aku yang Aqim balik dari solat jumaat. Aku tunggu dia, then dia balik dia suruh aku buat apa yang patut. Bila dah free time, aku cerita semua yang jadi kat sekolah. Haha. Kuat ngadu juga aku ni kat Aqim. Then Aqim nak tengok present yang aku dapat and else.

Tiba malam.. Nani wish.. And orang last yang wish is Roka.. VVIP dia ni, dia wish paling last. Hihi. Hargai sebab dia ingat^^ And bila menjejakkan kaki dekat rumah atok. Kak is kecoh kecoh pasal birthday aku, and i was like "malu" Haha.

And ada yang ajak hang hari ni, tapi sorry.. Sebab tak dapat nak hang, btw thanks to Kak Qila dan yang lain lain yang wish tu.. Termasuk yang satu kelas atau lain kelas ngan aku.. And yang tak satu sekolah tu semua. Thank You So Much :)


This ! Muka budak dah 16 tahun. Ada jerawat? Ouh dah matang katakan. Haha. Tak sabar nak ambil lesen bulan 11 nanti dekat Muar. InsyaAllah. Maybe ramai ambil Tangkak, but sorry tak dapat join Tangkak. And last wish for me. Happy Birthday to me ! Haha.

And sorry kalau ada kesalahan ejaan atau ayat tak berapa sedap didengar dan dibaca atau apa apa jela. This post saje saje nak share cerita dekat sini. Anyway, Thanks lagi sekali bagi sesiapa yang wish and else. See you later. Bubye. Assalammualaikum ^^