OWNER
Welcome to my simple triple blog,i`m Eca | Nuni Nisa.. Thanks for visited my blog,nice to meet you,leave your footstep at my cbox. Do follow okay? You can seeing my simple bio at my profile.. Click up there :)

TINGGALKAN JEJAK ANDA



SENARAI POST ECA

Sebelum menjelang 2014.
Thursday, 26 December 2013 | 05:44 | 0 comments



Dah lama juga aku tak update post blog aku ni kan? Kalau buka blog ni pun setakat dengar lagu blog je. Hihi. Okay sekarang nak cerita pasal cuti sekolah bulan November & Disember 2013 ni,apa yang aku buat selama cuti sekolah ni? Dalam masa sebulan lebih.

First,memang ada kerja sambilan dekat sebuah kedai makanan. Cuti sekolah kedai ni buka pagi sampai malam. Tapi aku tak kerja dari pagi sampai malam pun, aku kerja waktu pagi atau petang je. Tapi bila nak cari duit lebih sikit, kerja pun kena lebih sikit lah :)

Mula mula memang kumpul duit tertumpu pada lesen,kemudian pada barang sekolah dan mungkin aku ada enjoy sikit duit tu. Pasti ke sikit ek.. Hm biasalah,aku ni macam pantang sikit nampak tudung baju kain atau apa apa pemakaian perempuan yang menarik perhatian aku. Kalau tak dapat time tu juga, mungkin aku akan target. Haha,macam membazir rasanya. Nak menjelang tahun 2014 ni, makin kena kerja keras sikit, tapi tak tentu juga, kesihatan macam tentu tak tentu je. Tak sangka juga tahun depan bakal menduduki peperiksaan yang besar, SPM. Rasa macam baru haritu ambil PMR.

Okay sekarang memang kena sedar diri dah. Pemikiran pun kena setanding dengan umur, kekadang stress juga bila orang sekeliling asyik tegur pasal aku suka sangat tengok cerita cartoon. Kekadang rasa diperlekehkan. Haa baca ayat sedih aku ni.. Haha. Mungkin sikit sikit aku boleh kurangkan, insyaAllah.

Masa cuti ni juga aku dapat kurangkan tekanan dengan kerja. Busy kan diri boleh hilangkan masalah ke.. Mungkin.. Sikit sikit.. Tapi paling penting, benda duniawi jangan pinggirkan apa yang dituntut akhirat. Memang aku mengaku yang cuti sekolah ni aku jarang jumpa ibu dengan dua orang adik kesayangan aku tu. Setiap hari jumpa along ngan aqim abang aku yang second tu je. Tapi kekadang curi curi masa untuk main mesej ngan ibu juga. Ibu main mesej ngan aku pun aku nak merajuk kekadang, haha. Satu benda je yang boleh dilabel, mengada.

Dan..aku rasa bersyukur sebab Allah kurniakan aku keluarga yang faham erti kehidupan. Kekadang ada kekurangan yang aku sendiri hanya mampu menegur pada hati. Tapi aku tak kisah, aku tau Allah dengar setiap rintihan hambaNya. Sekarang aku nak tumpu dekat mana yang sepatutnya aku tumpukan.

Bila difikirkan balik.. Aku memang ada minat seorang budak ni.. Tapi aku tak kisah dia untuk siapa pun.. Walaupun ditakdirkan aku dengan dia tak dapat bersama. Aku redha. Aku tak tau pasal feel dia dekat aku, aku macam tak balas cinta dia sebenarnya. Aku rasa aku nak tumpukan mana yang perlu. Lagipun ibu pernah cakap, kalau dia nak kita betul betul. Masuk minang je, dan yang aku tau, memang ada yang dah buat, siap ibu berkenan lagi budak tu. Tapi aku pula yang tak berkenan. aku tak nak yang sempurna, sebab aku pun tak sempurna. Aku nak yang mampu bimbing aku.. Dan aku punya post makin merepek.. Peh apa aku taip ni, haha.

Sebelum aku taip benda yang makin melayang dalam pemikiran,lebih baik aku cerita benda lain. Haritu ada pelanggan tempat kerja aku ni berbual dengan aku. Dia cakap pasal budak lepasan SPM. Taktau nak kata apa.. Tapi dia buat aku makin semangat, alhamdulillah.

Takut juga kalau aku cepat mengalah nanti. Aku memang jenis yang cepat mengalah dalam diam sebenarnya. Depan orang je macam tabah. Ahhh tabah apanya. Tapi yang pasti, semua tu aku akan buat yang terbaik. Jangan mengalah sebelum mencuba :D

Okay sekarang dah penat menaip. Maaf kalau kasar bahasa dan ada buat pembaca tak senang hati ke apa.. Tak ada niat pun. Ini hanya post. Hihi. Jaga diri jaga iman. Assalammualaikum :)



Older Post